Macam-macam ada !
http://jamd63.blogspot.com
|
|
![]() Jamaliah Daud |
|
sedang melawat. Song Title : Dan Sebenarnya My Lovely Family ![]() Memories September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 October 2009 January 2011 |
|
Friday, January 28, 2011, 1:40 AM
![]() Mesti dibaca oleh kaum Adam dan Hawa.
Tuesday, October 20, 2009, 3:59 AM
Mesti dibaca oleh kaum Adam dan Hawa. ADAM 1. Lelaki yang membeli cinta akan kehabisan wang 2. Bukan lelaki kalau asyik mengeluh dan mengaduh 3. Lelaki pemurah akan menjadi makanan perempuan 4. Bunga cepat layu di tangan lelaki 5. Lelaki miskin akan hidup sepi 6. Keras atau lembut, lelaki tetap lelaki 7. Di tangan lelaki tergenggam segala kunci 8. Lelaki yang menolak perempuan adalah malaikat 9. Sebaik-baik lelaki , adalah lelaki yang beristeri dan beriman 10. Lelaki tua sanggup membeli cinta yang muda 11. Hanya lelaki yang menggali kubur untuk perempuan 12. Hanya lelaki yang layak memimpin perempuan 13. Lelaki memerlukan perempuan untuk mengasuhnya 14. Jangan mengaku lelaki kalau tidak dapat menawan perempuan 15. Walau segarang manapun lelaki, dia dapat dikalahkan oleh perempuan 16. Lelaki yang bercinta tidak pernah tua 17. Apabila lelaki sakit, perempuan akan demam 18. Lelaki yang mencari perempuan dalam gelap akan bertemu dengan iblis 19. Pencuri mencuri harta, lelaki mencuri hati 20. Iman adalah penyelamat lelaki 21. Lelaki memerlukan perempuan untuk menghidupkan jiwanya 22. Hanya lelaki bodoh yang berani bertengkar dengan perempuan 23. Lelaki dermawan memberi wang, lelaki budiman memberi nasihat 24. Bukan semua lelaki layak menjadi suami 25. Lelaki daif tidak layak menerima layanan perempuan 26. Lelaki penakut tidak layak hidup 27. Apabila lelaki dikalahkan syaitan, dia kehilangan iman 28. Berhati-hatilah terhadap lelaki yang berbudi HAWA 1. Bukan perempuan kalau tak pernah menangis 2. Kebanyakan perempuan menyembunyikan umurnya 3. Perempuan cantik takut dimakan usia 4. Kecantikan jiwa menyempurnakan kehidupan seseorang perempuan 5. Musuh perempuan adalah perempuan 6. Perempuan yang banyak meminta akan memiskinkan lelaki 7. Perempuan adalah merak di hutan kota 8. Mulut perempuan lebih tajam daripada pisau 9. Perempuan beriman tidak akan menyesatkan lelaki 10. Perempuan cantik memerlukan pakaian yang cantik 11. Lelaki mengumpul duit , perempuan menghabiskannya 12. Perempuan dan bunga akan layu selepas dipetik 13. Perempuan yang mencari cinta akan tersesat jalan 14. Cantik atau hodoh , perempuan tetap perempuan 15. Mata perempuan adalah panah yang tajam 16. Senyuman perempuan akan mempesonakan dunia 17. Perempuan memiliki penawar dan racun 18. Disebabkan perempuan , dunia boleh berperang 19. Perempuan adalah lautan yang penuh rahsia 20. Perempuan adalah gunung yang perlu didaki 21. Neraka akan membakar perempuan yang mendedahkan auratnya 22. Perempuan memerlukan rantai leher bukan rantai lelaki 23. Bukan perempuan kalau tidak cemburu 24. Perempuan melayari hidup dengan bahtera emosi 25. Perempuan adalah burung yang memiliki banyak sayap 26. Impian perempuan lebih tinggi dari gunung 27. Bukan perempuan kalau tidak pandai memasak 28. Perempuan seringkali menipu dirinya 29. Rahsia perempuan tersimpan kemas di hatinya 30. Perempuan berilmu biasanya bijak, perempuan beriman biasanya tawaduk 31. Perempuan ingin mencapai seribu bintang 32. Bukan perempuan kalau tidak pandai berhias 33. Perempuan sanggup menyerahkan apa sahaja kecuali anaknya 34. Hanya perempuan yang boleh menundukkan diktator 35. Tangisan perempuan adalah suara hatinya 36. Perempuan tua tidak memerlukan cermin 37. Perempuan yang bijaksana tidak akan mati ditimpa masalah 38. Bukan perempuan kalau tergamak membuang anaknya 39. Perempuan cantik menjaga wajah, perempuan beriman menjaga maruah 40. Perempuan yang bercinta selalunya kelihatan cantik 41. Kadang-kala perempuan lebih garang daripada harimau Sesungguhnya, manusia itu dalam kesesatan dan jahil kecuali orang-orang yang beriman dan sentiasa mengamalkan ilmu Allah. Hanya Allah jua yang mengetahui akan setiap musibah yang berlaku tetapi manusia tetap lalai dan tidak mahu mengambil iktibar. Beringat dan sentiasa berwaspada akan hukum Allah supaya kita sentiasa dilindungi dan beroleh kemenangan dan kejayaan hidup. Amin. MASA ITU EMAS
Thursday, December 18, 2008, 6:47 PM
LAGU DAN IRAMA PILIHAN
Saturday, December 6, 2008, 12:09 AM
Di daun yang ikut mengalir lembut Terbawa sungai ke ujung mata Dan aku mulai takut terbawa cinta Menghirup rindu yang sesakkan dada Jalanku hampa dan kusentuh dia Terasa hangat oh didalam hati Kupegang erat dan kuhalangi waktu Tak urung jua kulihatnya pergi Tak pernah kuragu dan slalu kuingat Kerlingan matamu dan sentuhan hangat Ku saat itu takut mencari makna Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada Chorus 2x: Kau datang dan pergi oh begitu saja Semua kutrima apa adanya Mata terpejam dan hati menggumam Di ruang rindu kita bertemu Bertemu MESTI DIBACA & DIHAYATI
Friday, December 5, 2008, 11:13 PM
DARI NABI S.A.W. "Solat adalah tiang agama dan didalamnya ada sepuluh macam(faedah): 1. Ia sebagai perhiasan wajah. 2. Ia adalah cahaya bagi hati. bagi badan. 4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat(Allah s.w.t). 5. Ia sebagai kunci langit. 6. Ia boleh memberatkan timbangan. 7. Ia adalah(penyebab) redha Allah. 8. Ia sebagai bayaran(masuk) syurga. 9. Ia merupakan dinding dari api neraka. 10.Siapa yang telah mendirikan sembahyang, bererti dia telah menegakkan agama. Dan siapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama" DARI UMAR R.A. "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam macam dalam enam perkara iaitu: 1. Allah telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 2. Dia menyembunyikan murkaNya didalam maksiat. 3. Dia menyembunyikan NamaNya Yang Maha Agung didalam Al-Quran. 4. Dia telah menyembunyikan Lailatul Qadar didalam bulan Ramadhan. 5. Dia telah menyembunyikan solat (lima waktu). 6. Dan Dia telah menyembunyikan(tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari". DARI NABI S.A.W "Ada sepuluh orang dari umat ini yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman iaiti: 1. Pembunuh tanpa kebenaran hukum. 2. Tukang Sihir. 3. Dayus iaitu suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya. 4. Orang yang menahan diri dari mengeluarkan zakat. 5. Orang yang meminum arak. 6. Orang yang sudah sampai kewajipan keatas dirinya untuk menunaikan haji dan dia tidak mahu melaksanakannya. 7. Orang yang menyebarkan fitnah. 8. Orang yang menjual senjata kepada musuh. 9. Orang yang bersama dengan isteri melalui dubur. 10.Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang haram dinikahi......Jika ia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal, maka dia telah kafir". DARI HASAN BASRI "Kalau tidak ada pengganti (para ulama yang telah meninggal), maka bumi ini sudah ditenggelamkan bersama dengan semua isinya. Kalau tidak ada hamba-hamba yang soleh, maka sudah binasa orang-orang jahat. Kalau tidak ada para ulama, maka semua manusia menjadi seperti haiwan. Kalau tidak ada hakim, maka manusia sudah berbunuh-bunuhan antara satu dengan lain. Kalau tidak ada orang-orang bodoh (iaitu orang-orang yang sanggup melupakan Tuhan, demi untuk memikirkan cara memakmurkan dunia), maka sudah rosak dunia ini. Dan kalau tidak ada angin, maka semua yang ada sudah menjadi busuk". DOA-DOA PENAWAR PENYAKIT & RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
6:08 PM
DOA-DOA PENAWAR PENYAKIT
RAHSIA KEBAIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH UNTUK RAWATAN PESAKIT DOA RASULULLAH S.A.W BAGI MENGHINDARKAN SEGALA PENYAKIT YANG MEMBAHAYAKAN DAN MENAKUTKAN (sila rujuk buku doa-doa penawar penyakit halaman 139 oleh Azahari Ibrahim) ![]() DOA BAGI MENJUMPAI BARANG YANG TELAH HILANG ATAU TERLUPA MELETAKKANNYA ![]() DOA YANG MENJADI PENGHULU KEPADA SEGALA ISTIGHFAR Sesiapa yang berlafaz dengannya di waktu siang hari dengan penuh keyakinan kemudian meninggal dunia sebelum petang maka ianya tergolong dari ahli syurga dan jika ia berlafaz dengannya di malam hari kemudian ia meninggal dunia sebelum subuh, maka ianya tergolong dari ahli syurga. Doanya: ![]() BISMILLAH TUJUH & BISMILLAH LIMA ![]() ![]() ![]() ![]() CARA UTAMA MENGINGATI ALLAH IALAH DENGAN BERSEMBAHYANG, BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN ![]() SELAWAT SHIFA & SELAWAT TAPRIJIAH ![]() PENERANG HATI Bahan yang diperlukan ialah air. Sebaik-baiknya ialah air zam-zam. Kalau tidak ada barulah digunakan air hujan malam Jumaat atau air hujan biasa yang ditadah di waktu malam tetapi bukan air di permulaan hujan. (Sila rujuk buku rawatan pesakit menurut Al-Quran & As-Sunnah halaman 94 oleh Dr. Amran Kasimin & Prof.DR. Haron Din) ![]() Bagi rawatan penyakit yang sukar diubati sila rujuk halaman 95 buku rawatan pesakit menurut Al-Quran & As-Sunnah oleh Dr.Amran Kasimin & Prof.Dr.Haron Din. MATA MASUK BENDA ![]() Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat ini dikenali sebagai Ayat Ash-Shifa. Apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara moden, pesakit akan berusaha mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu pesakit berpeluang merujuk dengan rawatan menurut al-Quran & as-Sunnah. InsyaAllah. RAHSIA SURAH AL-FATIHAH Kebaikan Wirid Al-Fatihah Jika membaca Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada setiap selepas sembahyang sebanyak 200 kali akan: 1. Dibersihkan akan hatinya. 2. Dimudahkan pekerjaan. 3. Dilepaskan dari dukacita. 4. Dijauhkan dari mudarat. 5. Diberikan kerajinan dan semangat. 6. Tidak kecewa. 7. Dijauhkan dari hasutan syaitan. 8. Diilhamkan kebajikan. 9. Diperbaiki kedudukannya. 10.Dan lain-lain lagi. AL-FATIHAH BAGI MELEPASKAN DARI IKATAN ATAU BELENGGU Bacakan Al-Fatihah sebanyak 121 kali kemudian tiupkan atau hembuskan ke atas ikatan atau belenggu atau rantai itu. Insya'Allah akan terhurailah ikatan itu dengan izin Allah, ianya sangat mustajab. AL-FATIHAH BAGI MENYELESAIKAN SEGALA KERJA YANG RUMIT/SULIT Bacakan Al-Fatihah 41 kali di waktu tengah malam, Insya'Allah dimudahkan kerja atau urusannya itu. AL-FATIHAH BAGI MEMINTA SESUATU HAJAT Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas sembahyang Maghrib dan jangan bergerak dari tempat duduknya sehingga selesai bacaan tersebut. Selepas itu bermohonlah pada Allah apa-apa hajat yang dikehendaki. Insya'Allah diterima Allah dengan seberapa segera. RAHSIA SURAH AL-FATIHAH Untuk keselamatan diri - Alhamdulillah Untuk disayangi - Rab'bil Aa'lamin Untuk kebaikan tanaman - Ar-Rahman Untuk menghindarkan binatang buas - Ar-Rahim Untuk menghindarkan rumah atau perahu atau sebarang kenderaan - Ma'likiau'middin Untuk kebaikan berhuma atau menenam padi - I'ya kana'budu Untuk melemahkan binatang garang atau manusia kaki pukul/manusia bengis - Wa'iya kanasta'in Untuk menjauhkan segala bentuk kejahatan - Ihdinas'siraatal'mustaqim Untuk melepaskan diri dari sesat jalan - Sira'tallazi'na Untuk melepaskan diri dari dahaga dan lapar ketika habis bekalan makanan & minuman - An'amtu'alaihim Untuk melepaskan diri dari kepungan musuh - Ghairil'makdhu'bi'alaihim Untuk menjinakkan manusia pemarah dan bengis - Walad'dhallin (Rahsia dan cara beramal, sila rujuk buku doa-doa penawar penyakit oleh Azahari Ibrahim) WASSALAM.
FOTO KELUARGA
Thursday, November 27, 2008, 5:58 AM
![]() Gambar diambil pada tahun 2003 ![]() Gambar diambil pada tahun 2002 ![]() Gambar diambil pada tahun 1995 ![]() Gambar diambil pada tahun 2006 ![]() Kenangan hari raya tahun 2006 ![]() Kenangan hari raya tahun 2006 ![]() Kenangan semasa harijadi sofiya semasa berumur 9 tahun (2007) ![]() Adik semasa berumur 6 bulan dan akak berumur 4 setengah tahun ![]() Sofiya semasa berusia 2 bulan dan Farisha berusia 3 bulan ![]() Kenangan hari raya pada tahun 2000 ![]() Mama, fareena dan sofiya ![]() Semasa berumur 10 tahun bersama kakak dan adik. Dari kiri: Allahyarhamah Noradziah (11), Noor Azmah(12), Jamaliah(10) & duduk Nor Maidahizah(8) ![]() Sofiya semasa berusia 6 bulan ![]() Abah, kakak dan adik ![]() Fareena semasa berusia 3 bulan ![]() Mama dan abah |