Macam-macam ada !
http://jamd63.blogspot.com
|
|
![]() Jamaliah Daud |
|
sedang melawat. Song Title : Dan Sebenarnya My Lovely Family ![]() Memories September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 October 2009 January 2011 |
|
MESTI DIBACA & DIHAYATI
Friday, December 5, 2008, 11:13 PM
DARI NABI S.A.W. "Solat adalah tiang agama dan didalamnya ada sepuluh macam(faedah): 1. Ia sebagai perhiasan wajah. 2. Ia adalah cahaya bagi hati. bagi badan. 4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat(Allah s.w.t). 5. Ia sebagai kunci langit. 6. Ia boleh memberatkan timbangan. 7. Ia adalah(penyebab) redha Allah. 8. Ia sebagai bayaran(masuk) syurga. 9. Ia merupakan dinding dari api neraka. 10.Siapa yang telah mendirikan sembahyang, bererti dia telah menegakkan agama. Dan siapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama" DARI UMAR R.A. "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam macam dalam enam perkara iaitu: 1. Allah telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 2. Dia menyembunyikan murkaNya didalam maksiat. 3. Dia menyembunyikan NamaNya Yang Maha Agung didalam Al-Quran. 4. Dia telah menyembunyikan Lailatul Qadar didalam bulan Ramadhan. 5. Dia telah menyembunyikan solat (lima waktu). 6. Dan Dia telah menyembunyikan(tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari". DARI NABI S.A.W "Ada sepuluh orang dari umat ini yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman iaiti: 1. Pembunuh tanpa kebenaran hukum. 2. Tukang Sihir. 3. Dayus iaitu suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya. 4. Orang yang menahan diri dari mengeluarkan zakat. 5. Orang yang meminum arak. 6. Orang yang sudah sampai kewajipan keatas dirinya untuk menunaikan haji dan dia tidak mahu melaksanakannya. 7. Orang yang menyebarkan fitnah. 8. Orang yang menjual senjata kepada musuh. 9. Orang yang bersama dengan isteri melalui dubur. 10.Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang haram dinikahi......Jika ia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal, maka dia telah kafir". DARI HASAN BASRI "Kalau tidak ada pengganti (para ulama yang telah meninggal), maka bumi ini sudah ditenggelamkan bersama dengan semua isinya. Kalau tidak ada hamba-hamba yang soleh, maka sudah binasa orang-orang jahat. Kalau tidak ada para ulama, maka semua manusia menjadi seperti haiwan. Kalau tidak ada hakim, maka manusia sudah berbunuh-bunuhan antara satu dengan lain. Kalau tidak ada orang-orang bodoh (iaitu orang-orang yang sanggup melupakan Tuhan, demi untuk memikirkan cara memakmurkan dunia), maka sudah rosak dunia ini. Dan kalau tidak ada angin, maka semua yang ada sudah menjadi busuk". |