Macam-macam ada !
http://jamd63.blogspot.com
|
|
Jamaliah Daud |
|
sedang melawat. Song Title : Dan Sebenarnya My Lovely Family Memories September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 October 2009 January 2011 |
|
DOA-DOA PENAWAR PENYAKIT & RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Friday, December 5, 2008, 6:08 PM
DOA-DOA PENAWAR PENYAKIT
RAHSIA KEBAIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH UNTUK RAWATAN PESAKIT DOA RASULULLAH S.A.W BAGI MENGHINDARKAN SEGALA PENYAKIT YANG MEMBAHAYAKAN DAN MENAKUTKAN (sila rujuk buku doa-doa penawar penyakit halaman 139 oleh Azahari Ibrahim) DOA BAGI MENJUMPAI BARANG YANG TELAH HILANG ATAU TERLUPA MELETAKKANNYA DOA YANG MENJADI PENGHULU KEPADA SEGALA ISTIGHFAR Sesiapa yang berlafaz dengannya di waktu siang hari dengan penuh keyakinan kemudian meninggal dunia sebelum petang maka ianya tergolong dari ahli syurga dan jika ia berlafaz dengannya di malam hari kemudian ia meninggal dunia sebelum subuh, maka ianya tergolong dari ahli syurga. Doanya: BISMILLAH TUJUH & BISMILLAH LIMA CARA UTAMA MENGINGATI ALLAH IALAH DENGAN BERSEMBAHYANG, BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN SELAWAT SHIFA & SELAWAT TAPRIJIAH PENERANG HATI Bahan yang diperlukan ialah air. Sebaik-baiknya ialah air zam-zam. Kalau tidak ada barulah digunakan air hujan malam Jumaat atau air hujan biasa yang ditadah di waktu malam tetapi bukan air di permulaan hujan. (Sila rujuk buku rawatan pesakit menurut Al-Quran & As-Sunnah halaman 94 oleh Dr. Amran Kasimin & Prof.DR. Haron Din) Bagi rawatan penyakit yang sukar diubati sila rujuk halaman 95 buku rawatan pesakit menurut Al-Quran & As-Sunnah oleh Dr.Amran Kasimin & Prof.Dr.Haron Din. MATA MASUK BENDA Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat ini dikenali sebagai Ayat Ash-Shifa. Apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara moden, pesakit akan berusaha mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu pesakit berpeluang merujuk dengan rawatan menurut al-Quran & as-Sunnah. InsyaAllah. RAHSIA SURAH AL-FATIHAH Kebaikan Wirid Al-Fatihah Jika membaca Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada setiap selepas sembahyang sebanyak 200 kali akan: 1. Dibersihkan akan hatinya. 2. Dimudahkan pekerjaan. 3. Dilepaskan dari dukacita. 4. Dijauhkan dari mudarat. 5. Diberikan kerajinan dan semangat. 6. Tidak kecewa. 7. Dijauhkan dari hasutan syaitan. 8. Diilhamkan kebajikan. 9. Diperbaiki kedudukannya. 10.Dan lain-lain lagi. AL-FATIHAH BAGI MELEPASKAN DARI IKATAN ATAU BELENGGU Bacakan Al-Fatihah sebanyak 121 kali kemudian tiupkan atau hembuskan ke atas ikatan atau belenggu atau rantai itu. Insya'Allah akan terhurailah ikatan itu dengan izin Allah, ianya sangat mustajab. AL-FATIHAH BAGI MENYELESAIKAN SEGALA KERJA YANG RUMIT/SULIT Bacakan Al-Fatihah 41 kali di waktu tengah malam, Insya'Allah dimudahkan kerja atau urusannya itu. AL-FATIHAH BAGI MEMINTA SESUATU HAJAT Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas sembahyang Maghrib dan jangan bergerak dari tempat duduknya sehingga selesai bacaan tersebut. Selepas itu bermohonlah pada Allah apa-apa hajat yang dikehendaki. Insya'Allah diterima Allah dengan seberapa segera. RAHSIA SURAH AL-FATIHAH Untuk keselamatan diri - Alhamdulillah Untuk disayangi - Rab'bil Aa'lamin Untuk kebaikan tanaman - Ar-Rahman Untuk menghindarkan binatang buas - Ar-Rahim Untuk menghindarkan rumah atau perahu atau sebarang kenderaan - Ma'likiau'middin Untuk kebaikan berhuma atau menenam padi - I'ya kana'budu Untuk melemahkan binatang garang atau manusia kaki pukul/manusia bengis - Wa'iya kanasta'in Untuk menjauhkan segala bentuk kejahatan - Ihdinas'siraatal'mustaqim Untuk melepaskan diri dari sesat jalan - Sira'tallazi'na Untuk melepaskan diri dari dahaga dan lapar ketika habis bekalan makanan & minuman - An'amtu'alaihim Untuk melepaskan diri dari kepungan musuh - Ghairil'makdhu'bi'alaihim Untuk menjinakkan manusia pemarah dan bengis - Walad'dhallin (Rahsia dan cara beramal, sila rujuk buku doa-doa penawar penyakit oleh Azahari Ibrahim) WASSALAM.
|